Thursday, June 30, 2011

Peter Cullen



Peter Cullen tiada kena mengena dengan cerita Twilight. Peter Cullen juga bukan bapa kepada Edward Cullen, si lelaki bersinar sinar itu. Beliau adalah...












Optimus Prime...!!! Suara kepada Optimus Prime dalam filem Transformers adalah suara beliau.




Ok. Mari kita lihat interview bersama beliau:






Autobots....roll out...

Tuesday, June 28, 2011

Bersih 2.0




“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.

Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.

Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.

Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.

Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.

Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”

Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”


A. Samad Said
Malam Pelancaran Bersih, 19 Jun 2011

*aku amik text nie dari blog hilangpunca. Blog Hilangpunca bukan blog politik. Sekian.

----------------------------------------------------------------------------------

Organizer Bersih 2.0 terdiri daripada beberapa kumpulan NGO. Ada orang Melayu, Cina dan India (kaum lain tak pasti). Semangat muhibah antara kaum inilah yang kita mahu, sepadan dengan slogan yang sering diucapkan oleh perdana menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak, 1MALAYSIA. I Like...


Tuntutan Bersih 2.0 ialah:


-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor


Perhimpunan akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur bermula pada 9 Julai 2011.


**Aku tak sokong mana-mana individu atau parti. Aku cuma sokong tuntutan Bersih 2.0.

Transformers 3 - Dark of The Moon

Persetankan heroin nya...





aku lebih klimaks tengok Optimus Prime...

Monday, June 27, 2011

Blog Dah Berabuk

terlalu banyak benda nak tulis aku draft dalam otak dulu...tapi bila depan monitor, otak membisu seribu bahasa pulak...haish...!!

Monday, September 13, 2010

Entri Khas Raya

Kalau diikutkan kalendar islam, aku dah 26 tahun sambut hari raya aidilfitri nie. Kalau nak betul betul kira tolak 4 tahun la sebab mase kecik dulu aku tak tahu apa itu raya jadi tue tak kira menyambut la kan...

Mungkin raya kali nie aku berfikiran matang sikit dari raya raya yang terdahulu. Aku rasa banyak benda yang aku tak tahu pasal raya nie.

Benda yang paling aku terfikir sekali ialah pasal lemang..yea..lemang...aku percaya ramai antara kita hanya pandai makan je tanpa terasa nak masuk scene belajar cara buat lemang nie.

Aku membayangkan zaman cucu cicit kita beraya nanti. Kire kire dalam raya tahun 2050 akan datang. Adakah lemang masih wujud? adakah lemang akan di lupakan nanti seperti kita melupakan dodol dan wajik pada zaman sekarang ini?

Pada tahun 2050 nanti sudah tentu Pak Ali dah tak ada di muka bumi nie...yang mungkin wujud hanya waris dia yang juga berkemungkinan title cicit kepada Pak Ali. Pandai ke cicit dia membakar lemang seperti moyang dia? Kalau pandai pun, dapat ke dia nak melayan semua tempahan orang pada zaman tue? Bayangkan hanya cicit pak ali seorang yang pandai buat lemang dan nak melayan permintaan satu malaysia nie...mati bang...mati....

Nota Tambahan: Aku sebenarnya baru beli lemang pak ali semalam...keras macam tebu tak cukup umur. Aku saspek Pak Ali dah tak larat nak observed semua pekerja pekerja dia yang rata rata aku tangok ahli ahli keluarga dia jugak. Hmm...aku buat kesimpulan warisan lemang Pak Ali hanya akan tinggal kenangan pada zaman mendatang.




Selamat Hari raya

Tuesday, July 6, 2010

suka hati lah...

kalau korang asek ikut pendapat orang, asek orang lain je yang buat keputusan, korang memang tak 'cool'..

apa kata korang cuba buat keputusan sendiri, benda tak susah, ikut lah naluri hati. kalau salah jadikan pengalaman. jangan pulak kalau dah silap korang buat keputusan yang sama berulang ulang...bingai namanye tue...

kalau korang buat keputusan, pastue keputusan korang tue sangat best. dijamin korang rase 'alive'...betol...

kat sekolah mase SPM tak belajar nak buat keputusan semua nie...yang nie aku tak mau sentuh banyak...kerajaan sekarang nie kuat melatah...

aku nak buat bisnes potong rumput...apa macam?

Thursday, June 24, 2010

Hidup Ini Kucar Kacir

kalau korang orang baru dapat gaji, jangan lupa budak budak U yang masih terkial kial cari kerja.

Kalau korang dah kahwin dan tengah siap siap nak ke bilik tido, jangan lupa kapel kapel yang skang nie tengah pening nak cari port untuk beraksi.

Kalau korang tengah hisap rokok dunhill, jangan lupa orang yang tengah gulung rokok daun.

Kalau korang tengah makan kfc,pizzahut atau McD, jangan lupa bangla bangla yang tengah makan kongsi- kongsi nasi satu tupperware besar, ayam seketul dan kuah kari.

Kalau korang tengah bersorak riang Italy terkeluar dari world cup, jangan lupa orang kat Italy sana tue tengah teresak esak menangis.


perut aku rase tak sedap....pesal nie?