Thursday, June 30, 2011

Peter Cullen



Peter Cullen tiada kena mengena dengan cerita Twilight. Peter Cullen juga bukan bapa kepada Edward Cullen, si lelaki bersinar sinar itu. Beliau adalah...












Optimus Prime...!!! Suara kepada Optimus Prime dalam filem Transformers adalah suara beliau.




Ok. Mari kita lihat interview bersama beliau:






Autobots....roll out...

Tuesday, June 28, 2011

Bersih 2.0




“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.

Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.

Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.

Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.

Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.

Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”

Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”


A. Samad Said
Malam Pelancaran Bersih, 19 Jun 2011

*aku amik text nie dari blog hilangpunca. Blog Hilangpunca bukan blog politik. Sekian.

----------------------------------------------------------------------------------

Organizer Bersih 2.0 terdiri daripada beberapa kumpulan NGO. Ada orang Melayu, Cina dan India (kaum lain tak pasti). Semangat muhibah antara kaum inilah yang kita mahu, sepadan dengan slogan yang sering diucapkan oleh perdana menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak, 1MALAYSIA. I Like...


Tuntutan Bersih 2.0 ialah:


-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor


Perhimpunan akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur bermula pada 9 Julai 2011.


**Aku tak sokong mana-mana individu atau parti. Aku cuma sokong tuntutan Bersih 2.0.

Transformers 3 - Dark of The Moon

Persetankan heroin nya...





aku lebih klimaks tengok Optimus Prime...

Monday, June 27, 2011

Blog Dah Berabuk

terlalu banyak benda nak tulis aku draft dalam otak dulu...tapi bila depan monitor, otak membisu seribu bahasa pulak...haish...!!