Sunday, January 1, 2012

Takut

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.



2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.



3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.



4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.



5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.



6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.



7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.



8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.



9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.





10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.



11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.



12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.



13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.



14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.



15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.



16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.



17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.



18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.



19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.



20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.



21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.



22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.



23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.



24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.



25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.



26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.



27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.



28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.


By Tun Dr.M

Wednesday, December 14, 2011

Apa Itu Kerja?

Setelah 7 tahun berkerja, aku membuat kesimpulan di mana kerja hanyalah propaganda yahudi untuk kita asyik kepada dunia lupa kepada akhirat.


Kalau korang paham konsep. Mesti korang setuju.


Betol....

Thursday, July 7, 2011

Teman Lama Dari Perancis

Pagi tadi aku terima pangilan dari member lama aku dari perancis. Dia cakap dia kat malaysia. Dia ajak aku teman dia bekfes...port kegemaran dia delifrance...cis...mentang-mentag orang perancis...







ok gak jumpe dia nie face to face...boleh aku nasihat dia sket pasal isu Fabregas ngan Nasri.

Thursday, June 30, 2011

Peter Cullen



Peter Cullen tiada kena mengena dengan cerita Twilight. Peter Cullen juga bukan bapa kepada Edward Cullen, si lelaki bersinar sinar itu. Beliau adalah...












Optimus Prime...!!! Suara kepada Optimus Prime dalam filem Transformers adalah suara beliau.




Ok. Mari kita lihat interview bersama beliau:






Autobots....roll out...

Tuesday, June 28, 2011

Bersih 2.0




“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.

Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.

Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.

Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.

Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.

Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”

Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”


A. Samad Said
Malam Pelancaran Bersih, 19 Jun 2011

*aku amik text nie dari blog hilangpunca. Blog Hilangpunca bukan blog politik. Sekian.

----------------------------------------------------------------------------------

Organizer Bersih 2.0 terdiri daripada beberapa kumpulan NGO. Ada orang Melayu, Cina dan India (kaum lain tak pasti). Semangat muhibah antara kaum inilah yang kita mahu, sepadan dengan slogan yang sering diucapkan oleh perdana menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak, 1MALAYSIA. I Like...


Tuntutan Bersih 2.0 ialah:


-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor


Perhimpunan akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur bermula pada 9 Julai 2011.


**Aku tak sokong mana-mana individu atau parti. Aku cuma sokong tuntutan Bersih 2.0.

Transformers 3 - Dark of The Moon

Persetankan heroin nya...





aku lebih klimaks tengok Optimus Prime...

Monday, June 27, 2011

Blog Dah Berabuk

terlalu banyak benda nak tulis aku draft dalam otak dulu...tapi bila depan monitor, otak membisu seribu bahasa pulak...haish...!!

Monday, September 13, 2010

Entri Khas Raya

Kalau diikutkan kalendar islam, aku dah 26 tahun sambut hari raya aidilfitri nie. Kalau nak betul betul kira tolak 4 tahun la sebab mase kecik dulu aku tak tahu apa itu raya jadi tue tak kira menyambut la kan...

Mungkin raya kali nie aku berfikiran matang sikit dari raya raya yang terdahulu. Aku rasa banyak benda yang aku tak tahu pasal raya nie.

Benda yang paling aku terfikir sekali ialah pasal lemang..yea..lemang...aku percaya ramai antara kita hanya pandai makan je tanpa terasa nak masuk scene belajar cara buat lemang nie.

Aku membayangkan zaman cucu cicit kita beraya nanti. Kire kire dalam raya tahun 2050 akan datang. Adakah lemang masih wujud? adakah lemang akan di lupakan nanti seperti kita melupakan dodol dan wajik pada zaman sekarang ini?

Pada tahun 2050 nanti sudah tentu Pak Ali dah tak ada di muka bumi nie...yang mungkin wujud hanya waris dia yang juga berkemungkinan title cicit kepada Pak Ali. Pandai ke cicit dia membakar lemang seperti moyang dia? Kalau pandai pun, dapat ke dia nak melayan semua tempahan orang pada zaman tue? Bayangkan hanya cicit pak ali seorang yang pandai buat lemang dan nak melayan permintaan satu malaysia nie...mati bang...mati....

Nota Tambahan: Aku sebenarnya baru beli lemang pak ali semalam...keras macam tebu tak cukup umur. Aku saspek Pak Ali dah tak larat nak observed semua pekerja pekerja dia yang rata rata aku tangok ahli ahli keluarga dia jugak. Hmm...aku buat kesimpulan warisan lemang Pak Ali hanya akan tinggal kenangan pada zaman mendatang.




Selamat Hari raya

Tuesday, July 6, 2010

suka hati lah...

kalau korang asek ikut pendapat orang, asek orang lain je yang buat keputusan, korang memang tak 'cool'..

apa kata korang cuba buat keputusan sendiri, benda tak susah, ikut lah naluri hati. kalau salah jadikan pengalaman. jangan pulak kalau dah silap korang buat keputusan yang sama berulang ulang...bingai namanye tue...

kalau korang buat keputusan, pastue keputusan korang tue sangat best. dijamin korang rase 'alive'...betol...

kat sekolah mase SPM tak belajar nak buat keputusan semua nie...yang nie aku tak mau sentuh banyak...kerajaan sekarang nie kuat melatah...

aku nak buat bisnes potong rumput...apa macam?

Thursday, June 24, 2010

Hidup Ini Kucar Kacir

kalau korang orang baru dapat gaji, jangan lupa budak budak U yang masih terkial kial cari kerja.

Kalau korang dah kahwin dan tengah siap siap nak ke bilik tido, jangan lupa kapel kapel yang skang nie tengah pening nak cari port untuk beraksi.

Kalau korang tengah hisap rokok dunhill, jangan lupa orang yang tengah gulung rokok daun.

Kalau korang tengah makan kfc,pizzahut atau McD, jangan lupa bangla bangla yang tengah makan kongsi- kongsi nasi satu tupperware besar, ayam seketul dan kuah kari.

Kalau korang tengah bersorak riang Italy terkeluar dari world cup, jangan lupa orang kat Italy sana tue tengah teresak esak menangis.


perut aku rase tak sedap....pesal nie?

Saturday, February 6, 2010

Tekad

Ah...!! bosan ah..!! aku nak pegi BB join remaja zaman sekarang ber shuffle....

Wednesday, February 3, 2010

tommorow never die...

hari sabtu ialah hari yang best selepas berhempas pulas bekerja sepanjang minggu....

hari yang sepatut nye kite bersuka ria bersama keluarga bagi yang dah berkahwin, bersama boipren atau gelfren bagi yang mampu dan bersama rakan-rakan seperjuangan hidup. hari yang patut kite release stess bak kata pendek.

aku bangun petang pada sabtu lepas...lebih kurang pukul 4. ini semua gara-gara melayan DVD. bukan jenama Vivid atau Bangbros, tetapi DVD yg bercorak ke arah berat siket. aku marathon cinderella man, a boy wearing pyjamas dan inglorius basterd. ok, aku tak mau sentuh pasal cite yang aku tengok.

bangun jer pukul 4 tue aku terus bermalas malasan. agak agak dah puas lepak kat umah kau mandi dan bersolek solek dengan yakin aku akan pergi melepak.

start enjin kete...lets roll...eh...tapi aku nak pegi mane?aku roger memeber semua..ada yang reply...ada yang busy dengan agenda menoron....

sudah nyer aku ke giant hypermarket...riki riki barang keperluan...seorang diri.....balik pukul 11 terus sambung tito...damn...

pilu...

Monday, January 11, 2010

Kes naya...

kalo aku perdana menteri kat malaysia nie, perkara pertama aku buat ialah side kick towkey P1 Wimax...

sundal punya servis...





habis duit orang kau buat beli minyak rambut...

Wednesday, January 6, 2010

Time is running Out....

"Joule, Joey Woo nak jumpe" kata frodo colleague ku...aku baru jer sampai opis dah si supervisor aku nak jumpe...dupdapdupdap gak la sebab aku macam biasa masuk lambat...hikhik...

"wazzup joey" tanye aku.

"sit down and close the door" balas si anak perempuan keluarga woo nie...

nie mesti benda tak best nie kata hati aku yang suci ibarat kain putih nie...

"ok, this year will be a big changes for our department, on the 2nd quarter this year, the dealer will own their drystock." kata Joey.

hmmm...aku dah agak dah...

" so we will have to finish the stocktake on all site and by 3rd quarter of this year. There will be no more stocktake" joey berkata lagi...

Parah..but it's expected...

" after the 3rd quarter, u will be longer needed in this department" joey cakap buat muka comel nak amek hati. aku buat-buat muka redha.

hmm..aku pun tak suke keje yang aku buat sekarang...takde future- hati aku cube berlagak padahal peluh jantan dah mengalir memikirkan nak carik keje kat mane...

" hmm..ok, at least u telling me early. is there anything else joey?" aku pulak bercakap.

" so far- no...by the way, u will be given 2 month bonus for last year. boss already endorsed" kata joey.

Huh..!!nak amik hati la tue...bayak wayang la korang...!!

jadi...aku ada dalam 6 bulan lagi nak cari keje...doakan aku dapat keje yang best...!!

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun baru.....!!!

lama aku tak update blog nie....

bukan ape...

aku mencari erti hidup....kalau tak tau erti hidup, maka kita tiada hidup(no live.)

kawan-kawan ramai yang dah kahwin...aku yang berdebar-debar...celaka betul...

Thursday, June 18, 2009

Monday, June 15, 2009

Talian Hayat

Hari ini aku bergantung kepada nescafe untuk menghabiskan sisa-sisa office hour ku...

dah 30 jam aku berjaga...

ok...mau bikin nescafe ku yang ke empat untuk hari nie...

Sunday, June 14, 2009

kerana kau wahai hero...

Short messaging service(SMS) yg ku terima tadi..

dia: joule, i nak tanya. if u dun mind la kan. u pernah tipu i tak?

aku: hmm...yg kecik2 tue biasa la...why?

dia: keep wondering.wat u told me all this while-tipu ke tak?if it is-im lost in dis game.am so stupid but u r damn gud..


sebab ada si mulut busuk mengumpat aku, aku tak dipercayai lagi...

celaka kan?

Thursday, May 28, 2009

Tercalar

Iyea..aku tak support barcelona...akan tetapi aku amat membenci man utd..ish..nak tulis man utd pun geli...ish..geli lagi...

jadi kepada supporter maanure(tukar..tak mau geli lagi)...whats goes around comes around...mane ada pernah wujud team bola yang tak pernah kalah ok?itu mimpi jer...MIMPI...




silalah berpijak di bumi yang nyata...jangan ingat kau boleh terbang...kau takde lah bagus mane...


Best team in the world kah? pegi mati............

Friday, May 8, 2009




seni ini dijumpai di dalam toilet esso besraya highway...
aku rase dia nk tulis UMNO BABI HUTAN...

so dari sini kite nampak la kan yang orang menconteng dalam toliet nie sume jenis tak beberapa pandai kepala hotak dia...

moral of this post is: jangan conteng dinding toilet, kalau nak gak conteng dinding toilet, belajar la rerajin dulu...

nota kaki: no offense to UMNO dan juga babi hutan...